PRN 11
Sarawak menyaksikan pelbagai isu yang melibatkan parti kerajaan mahupun
pembangkang. Setiap parti masing-masing mempunyai isu untuk dimainkan dan
diputarbelitkan untuk meraih undian daripada rakyat Sarawak. Blog-blog tempatan
juga turut menyuarakan pendapat berkenaan situasi Pilihan Raya ke 11 ini.
MyMassa,Pisau.net
dan Dr.Mim
Berikutan
tarikh 27 April 2016, MyMassa,Pisau.net dan Dr.Mim masing-masing menaikkan isu
DAP melancarkan serangan terhadap PKR yang berpunca daripada pertindihan kerusi
di 16 DUN yang bertanding. DAP memanggil
sidang media untuk tolak kempen PKR dan dikatakan DAP memberi tempoh sehingga Jumaat (29/4/16). Sekiranya PKR gagal berbuat
demikian, implikasi yang bakal terjadi adalah:
- DAP ugut KELUAR dari Deklarasi Mahathir-Kit Siang
- Jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar tergugat.
Selain itu, tulisan tangan Azmin Ali juga telah tersebar
sebagai bukti penipuan Azmin Ali oleh Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak
tentang pembahagian kerusi diantara PKR dan DAP bagi PRN Sarawak 11. Perbalahan
dan pertembungan ini terjadi apabila Pakatan Harapan tidak mempunyai
persepakatan dan masing- masing ingin mendabik dada mendongak ke langit menjadi
Ketua Pembangkang. Isu ini juga timbul apabila ;
- · Lim Guan Eng tidak mahu mengalah dan menjadi orang suruhan Azmin Ali serta dipandang lemah sekiranya kerusi DAP di bawah.
- Sentimen balas dendam pemecatan dan malukan 2 DUN PKR di GLC Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng membuatkan PKR perlu berdiri di atas dari kalangan parti pembangkang
- Jentera PKR di PRN Sarawak mula diganggu oleh kumpulan yang dilantik oleh DAP.
AIDCNews
Blog ini membincangkan di mana Dr. Nik Abduh ,Ketua Pemuda PAS beranggapan bahawa tindakan Parti Amanah Negara (PAN) yang
meletakkan calonnya di kawasan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak
merupakan suatu petanda awal bahawa perkara sama akan berulang pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU 14). Setelah apa yang berlaku
pertindihan kerusi PKR bersama DAP, PAS beranggapan PAN akan bertanding di
kawasan-kawasan PAS pada PRU-14. Ini persaingan yang dapat dilihat dimana sikap
PKR dan DAP yang sukar melepaskan kerusi ditandingi kedua-dua parti itu pada
PRN Sarawak menyebabkan PAN tidak mempunyai pilihan, selain bertanding di
kawasan PAS.
“PAN
tidak akan bertembung dengan parti dalam Pakatan Harapan, kerana mereka tidak
akan beri kerusi. Ia menjadi petanda bahawa tidak mudah untuk DAP dan PKR beri
kerusi kepada PAN,” – Dr Nik Abduh
Generasi
Pejuang Bangsa
Manifesto
DAP mengenai ‘pengangkutan sekolah percuma’ adalah satu retorik atau
pembohongan yang cuba digulakan oleh DAP dalam PRN 11 Sarawak. DAP tidak
mungkin dapat laksanakan sedangkan kerana mereka tidak mampu laksanakan di
kerajaan sendiri iaitu Pulau Pinang. Penyediaan pengangkutan bas percuma
melalui jambatan pulau pinang (BEST) kini sudah dikenakan bayaran dan kadar
percuma itu hanyalah pada permulaan ia diperkenalkan.
Sebahagian
blog atau portal pembangkang juga turut menaikkan beberapa isu seperti berikut
;
- · Isu pertindihan kerusi di mana PKR dan DAP kekal haluan masing-masing. Isu ini hangat diperkatakan di seluruh media sosial dan parti pembangkang sudah tidak sehaluan mendapat kritikan yang hebat.
- · Selain itu, isu 1MDB masih lagi dimainkan oleh calon DAP kerana bagi mereka ia memberi satu impak yang negative dalam pembangunan ekonomi negara.
- · Pembangkang juga mengaitkan undi BN adalah sokongan kepada pelaksanaan GST.Terdapat juga blog yang menyeru rakyat Sarawak diseru beri peluang kepada PAS untuk mendapat kepercayaan.
- · Isu Hospital Sri Aman BN tidak tunai janji untuk siapkan hospital. Pembinaan hospital masih terbengkalai hampir 10 tahun.