Berikutan sesi
Pilihan Raya Negeri ke -11 (PRN 11) di Sarawak telah memaparkan seramai 228
calon yang berjaya didaftarkan secara sah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum
jam 10.00 pagi. Walaubagaimanapun, terdapat 2 pencalonan ditolak kerana tidak
memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Proses penaamaan calon ini membabitkan
82 pusat penamaan calon dan menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Kerusi-kerusi
berkenaan adalah :
v
Batu Kitang
v
Stakan
v
Serembu
v
Bukit Semuja
v
Gedong
v
Kabong
v
Tellian
v
Bukit Goram
v
Murum
v
Samalaju
v
Mulu
Bagi memegang tampuk pemerintahan di Negeri
Sarawak, mana-mana parti sama ada BN atau Pembangkang memerlukan majoriti mudah
sebanyak 42 kerusi atau 2/3 majoriti sebanyak 55 kerusi. Jika dilihat infografik
pecahan parti mengikut calon NAS di bawah, BN telah menghantar seramai 82 calon
dan seramai 146 calon pula merupakan calon pembangkang.
Keunikan di
PRN11 Sarawak dapat dilihat di mana persaingan sengit berlaku melibatkan
beberapa pertembungan di kebanyakan DUN dan memberikan cabaran yang kuat terhadap
calon yang bertanding. Daripada struktur rajah yang telah ditunjukkan, jelaslah
bahawa KETIDAKSEPAKATAN di kalangan
parti pembangkang dalam penyusunan calon yang dipertandingkan dalam PRN kali
ini agak hebat. Mereka berlawan sesama
sendiri ! Akibat daripada perpecahan komponen dalam Pakatan Pembangkang ia
bakal mengakibatkan perpecahan dalam struktur pemerintahan sekiranya mereka
berjaya menubuhkan kerajaan di Sarawak.
Barisan Nasional (BN) berjaya
memenangi 2 kerusi ‘MENANG TANPA
BERTANDING’ di DUN N79 Bukit Kota
& N82 Bukit Sari. Situasi ini tampak jelas di mana kekuatan BN mampu
menggerunkan pihak lawan hingga tidak mampu menghantar sebarang pencalonan di
kawasan-kawasan ini. Tambahan lagi, Tan
Sri Adenan Satem atau lebih dikenali dengan nama Tok Nan yang merupakan
Ketua Menteri Sarawak telah memikul tanggungjawabnya selama ini dengan baik
sekali dan mampu membawa perubahan yang begitu banyak terhadap negeri Sarawak
serta menjadi kesayangan rakyat Sarawak. Dikatakan hampir 1000 PENYOKONG BN turun padang sama-sama memberikan sokongan
terhadap pejuang Askar Biru.
Inilah masanya Sarawak Bumi
Kenyalang memilih dan MENENTUKAN
PEMIMPIN yang benar-benar telus serta menghargai jasa pejuang-pejuang
terdahulu untuk meneruskan legasi agar Sarawak dapat melangkah ke arah
pembangunan yang lebih baik .
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11
Hari Penamaan Calon : 25 April
2016
Hari Pengundian Awal : 3 Mei 2016
Hari Pengundian : 7 Mei 2016
Maklumat selanjutnya sila layari
Facebook page : National Agenda Secretariat
Twitter & Instagram :
@National_Agenda