KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak semalam membuka mata semua. BN menguasai 72 kerusi manakala PBB mencatat pretasi terbaik menang 40-40.
Kejayaan BN terus memerintah Bumi Kenyalang disifatkan paling manis dan bergaya manakala DAP dan PKR tersungkur. Awang ucap tahniah kepada BN terutama Pengerusi BN Negeri, Adenan Satem yang kepimpinan dan popularitinya antara faktor utama kejayaan.
Sebaik-baik sahaja keputusan diketahui, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, yang detik itu menjadi kemuncak kepada "demam Adenan" sejak kempen pilihan raya bermula. Inilah pilihan raya pertama yang dipimpin Adenan sejak dilantik Ketua Menteri pada Februari 2014.
Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN turut memainkan peranan signifikan kepada penguasaan BN. Beliau aktif berkempen di negeri itu yang mendapat sambutan hangat rakyat Sarawak terutama di luar bandar. Keserasian kepimpinan Najib dan Adenan membuahkan hasil. Ternyata konsep perkongsian kuasa antara Kerajaan Pusat dan Negeri yang efektif memberi keyakinan kepada rakyat Sarawak.
Hakikatnya, Najib adalah Perdana Menteri yang paling rapat, prihatin dan mesra Sarawak yang diakui rakyat dan pelbagai pihak di negeri itu. Perancangan pesat pembangunan di negeri berkenaan sukar menjadi kenyataan tanpa komitmen Kerajaan Pusat di bawah teraju Najib. Rakyat Sarawak mendapat banyak buah tangan pembangunan termasuk projek Lebuhraya Pan Borneo.
Keputusan pilihan raya semalam juga memberi petunjuk bahawa isu-isu nasional yang lebih panas di Semenanjung tidak banyak memberi kesan. Juga, isu-isu seperti 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang telah dapat diselesaikan, dipercayai mula memulihkan kembali keyakinan rakyat.

Tidak kurang menarik perhatian adalah undi kaum Cina kepada pembangkang terutama DAP jatuh mendadak, yang dikaitkan dengan polisi Adenan, isu integriti Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, dan pertembungan antara DAP dan PKR di beberapa kerusi.
DAP kehilangan lima kerusi di sebalik kempen yang agresif dan taktik menakut-nakutkan rakyat antaranya isu pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Apa pun, kejayaan BN telah memberikan lonjakan motivasi untuk pilihan raya umum akan datang. Sudah tentu ucapan tahniah juga kepada rakyat Sarawak kerana memilih dengan matang dan bukan emosi. Untuk kesekian kalinya, politik ekstrem ditolak.
Pada Awang, inilah kemenangan rakyat yang tetap mahukan keharmonian, kestabilan, kemajuan dan kerajaan yang efisien. Semoga mandat rakyat dibalas dengan perkhidmatan yang berkesan. Harap-harap kemenangan besar ini tidak melekakan.

SUMBER :