Thursday, 26 May 2016

#ARTIKELPILIHANNAS : KENAPA DAP BANTAH HUDUD??



Hari ini negara dipopularkan dengan isu RUU memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  di Parlimen Dewan Rakyat. Rang Undang-Undang(RUU)  yang bersifat meluas Ahli Persendirian ini dibuat pertama kali diusulkan dan mendapat sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) . RUU ini juga berjaya dibentangkan selepas kebenaran diberikan oleh Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila majoriti Ahli Parlimen bersetuju untuk dibahaskan.



RUU ini pernah dicadangkan oleh Abdul Hadi pada 7 April dan 17 Jun 2015 di Dewan Rakyat tetapi GAGAL. RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk pelaksanaan undang-undang hudud untuk orang beragama Islam di Kelantan dan negeri-negeri lain. Abdul Hadi menjelaskan hudud yang bakal dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan terhadap ORANG BUKAN ISLAM. Tidak ada kene mengena langsung dengan orang bukan Islam jadi apa yang hendak DAP takutkan bukan ? 


Ada orang fikir bila hudud dilaksanakan maka habis tangan dipotong apabila mencuri dan bagaimana hendak sara hidup selepas itu ?? 

Jawapannya: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yg terbaik utk hambanya,Apabila HUDUD dilaksanakan ada ke org berani lagi nak mencuri,ini akan menimbul rasa gerun kepada pencuri sehingga kita tak perlu guna kunci besar atau sampai 3 ke 4 kunci kerana takut hilang barang kita,kita tgk sekarang gejala curi motor cukup menakutkan sehingga pantang leka sikit dah hilang...Bila ada kes curi duit tabung masjid kita terpaksa menjadi hakim sendiri memukul mereka sehingga puas hati dan meterlanjangkan mereka tetapi mencuri tetap terus berluluasa...Nanti diakhirat nanti kita akan dipersoal kenapa kita mengaib pencuri pulak...Alternatif yg terbaik adalah ikut suruhan Allah.


Kenapa DAP nak bantah ? Kenapa ramai orang bukan Islam tiba-tiba menentang dan risau tentang perkara ini? 

Ada yang berpendapat perlaksanaan RUU yang luas ini bakal menjejakan kedudukan ekonomi mereka. Tiada lagi yang minum arak, bermain judi, beli no ekor , 'check in' hotel dengan harga yang murah dan sebagainya.

TETAPI,....

"Apa pun pandangan yang mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum hakam syariat, pandangan ini disangkal dengan hujah bahawa keadilan dan penjagaan kemaslahatan masyarakat lebih utama berbanding dengan yang lain.
Oleh itu adalah menjadi kewajiban kita sebagai muslim untuk menjelaskan konsep hukum hudud ini kepada bukan Islam.

Penjelasan yang diberi tidak seharusnya menekankan tentang ketegasanhukum Islam semata-mata tetapi penekanan haruslah diberi dari aspek kesan hudud ini terhadap kehidupan masyarakat yang membawa kepadakeamanan dan keharmonian.

Pada masa yang sama mempamerkan keindahan Islam dari sudut keadilan dan kesungguhan pembasmian jenayah"- Dr Kamaruddin Awang Mat  (Ahli Majlis Ulama ISMA)


Perlaksanaan ini meluas dan tidak tertakluk kepada hudud sahaja tetapi bersifat meluas dan merangkumi qisas, arak, judi, zina dan murtad. Rang Undang-undang ini tidak menyentuh orang bukan Islam. Ianya masih tertakluk Perlembagaan Persekutuan. 


Jangan Halang Agenda Islam - Pertelingkahan mengenai sesuatu hukum yang dipercayai sesebuah agama tidak seharusnya dipolitikkan atau dipermainkan kerana ia akan menjejaskan keharmonian dan kestabilan yang telah terbina sekian lama.