Pilihan Raya Negeri Sarawak ke -11 makin hampiri Hari Kemuncak 7 Mei yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia. Suasana makin panas dan masing-masing berkempen dengan bertungkus lumus untuk memastikan undian berpihak pada parti masing-masing dan mampu membentuk sebuah kerajaan negeri di Sarawak. Terdapat pelbagai isu cuba dimainkan oleh pihak pembangkang untuk meraih undi daripada pengundi Sarawak sehingga menyebabkan kenyataan fitnah mengelirukan serta merisaukan orang ramai. Difahamkan ini berlaku untuk Kerajaan Negeri yang sudah sedia ada mendapat tentangan daripada rakyat dan tidak mendapat sokongan sepenuhnya.
Berikut adalah beberapa infografik yang umum perlu tahu kebenaran dan apa yang telah BN Sarawak lakukan demi kelangsungan dan kemajuan negeri Sarawak sehingga kini ;
|
Hospital Sri Aman masih dalam proses pemendapan bukan terbengkalai seperti yang diwar-warkan. |
|
Tiada sebarang cadangan untuk naikkan kadar GST |
|
seperti biasa, DAP sudah biasa dengan kerja claim milage |
|
LGE dan Rafizi Ramli lalui proses permohonan dan mereka dibenarkan masuk dengan tempoh tertentu. |
|
Sarawak tidak pernah dianaktirikan malah peruntukan besar disalurkan untuk negeri ini. |
|
Kenyataan PM Malaysia |
Rakyat sering kali dimomokkan/dipengaruhi dengan janji-janji manis BN yang tidak tertunai dan bebanan GST. Sudahkah anda melihat sendiri pembangunan dan kemajuan di Sarawak? Itu semua adalah segala pengorbanan kerajaan negeri yang selama ini dipegang oleh BN. Memang ada segelintir tempat kurang mendapat perhatian ataupun ada beberapa rancangan tidak tertunai tetapi itu semua mempunyai sebab musabab yang tertentu semestinya untuk kebaikan bersama. Jika nak dibandingkan , itu semua sebenarnya tidak sebesar mana dengan pelbagai projek yang telah dilaksanakan dan bakal diwujudkan untuk memudahkan dan mengurangkan bebanan rakyat. Tambahan lagi jika dilihat pihak pembangkang, mereka masih tiada halatuju yang jelas dan tidak bersedia memilih siapa bakal 'lead' jika mereka parti pembangkang menang. Mereka hanya tahu menjatuhkan pemimpin lain untuk meraih simpati dan undi rakyat. Berikut adalah sebahagian pembaharuan dan pelaksanaan pembangunan di Sarawak di bawah kelolaan #TeamAdenan
|
Manfaat yang dirasai rakyat Sarawak |
|
Infrastruktur Jalan Raya |
|
Infrastruktur Luar Bandar |
|
Kemudahan Stadium |
|
RM7 juta bina Pusat Kebudayaan Bidayuh |
|
RM70 juta diperuntukkan bina jambatan Long Lama |
|
RM743 juta disediakan untuk ATM bina jalan di kawasan pedalaman |
|
Kadar pengurangan cukai taksiran. Difahamkan bawah RM50 setahun dikecualikan 100%. |
Banyak kan ?? Tak semua perkara mudah untuk dilakukan. Kita hanya tahu meminta tanpa cuba untuk bersama-sama. Jadi, fikirlah sebaik mungkin.Semoga segalanya dipermudahkan bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak.
WAJIB BACA 15 TERAS UTAMA BN SARAWAK INI:
4 Hari Sahaja Tinggal!!
Pilihlah dengan bijak dan tentukan calon yang LAYAK!