Alhamdulillah kita telah memasuki bulan Mei 2016. Begitulah pantasnya masa berlalu dan terus berlalu meninggalkan kita. Bulan Mei sgt sarat dengan pelbagai hari hari yang penuh makna buat rakyat Malaysia. Begitulah bertuahnya bumi yang diberkati ini walaupun kadang kadang sarat dgn pelbagai dugaan dan cabaran.
1 Mei : Hari Pekerja.
Ini bermakna setiap pekerja dinegara ini amat dihargai sumbangan mereka. Tanpa pekerja , kita tidak mungkin akan menikmati kemakmuran ekonomi dan kemajuan yang diidam idamkan. Dlm kesuraman ekonomi dunia, pekerja harus mempunyai semangat dan iltizam yang kuat terus bekerja dgn lebih cemerlang.
3 Mei : Sambutan Hari Wesak.
Ia adalah sambutan perayaan bagi penganut agama Buddha.
8 Mei : Hari Bulan Sabit Merah Sedunia.
Peranan NGO ini juga penting lebih lebih sebagai pasukan sokongan kepada kementerian kesihatan di negara kita bg memastikan rakyat Malaysia sihat walafiat.
12 Mei : Hari Jururawat.
Peranan Jururawat amat sonomim dgn kita terutamanya para pesakit di hospital. Merekalah yang byk menjaga kesihatan pesakit agar kembali pulih.
Parti yang telah byk menabur jasa dan bakti kepada masyrakat Malaysia. UMNO merupakan tunjang kepada BN yang memerintah negara ini sejak merdeka lagi. Ia telah berjaya mengubah gaya hidup dan ekonomi masyarakat Malaysia dan mundur ke arah kemajuan yang cemerlang. 15 Mei : Hari Belia Negara.
Belia merupakan aset terpenting negara & meliputi 40% penduduk negara. Peranan mereka amat penting sebagai pemimpin pelapis bagi mewujudkan negara yang lebih baik di masa depan.
18 mei : Hari Muzium Antarabangsa.
Peranan institusi muzium tidak boleh dipandang remeh walaupun kita berada di zaman yang serba moden. Muzium amat penting bg generasi hari ini dan akan datang untuk melihat sejarah & budaya masyrakat terdahulu menjalani kehidupan seharian , perubahan demi perubahan yang berlaku dan seterusnya membawa manusia hingga ke tahap ini.
Walau siapa pun kita hati ini, ia bermula dengan didikan seorang guru dizaman kanak kanak kita. Lebih 500 ribu org guru sedang berjuang untuk mendidik anak bangsa ke murcu jaya. " siapalah kita tanpa seorang guru". Begitulah perjalanan bulan Mei buat warga Malaysia . Kita persembahkan ucapan syukur buat yang maha kuasa kerana dapat menjalani kehidupan yang aman makmur sambil menyaksikan acara acara ini disambut dengan penuh kemeriahan. Kita doakan agar Malaysia terus aman makmur untuk generasi hari ini dan generasi seterusnya.
Salam Perjuangan.
Sumber : Perkongsian bersama pengikut NAS. Terima kasih.