Bertemakan 'Beri Peluang Kepada TeamAdenan #theAdenanWay', manifesto itu merangkumi janji-janji dan ikrar kepada rakyat dalam mencapai aspirasi bersama agar Sarawak mengecapi lebih keamanan, kemajuan dan juga kemakmuran.
Dokumen tersebut dilancarkan oleh Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini bagi menghadapi PRN-11, 7 Mei ini.

Adenan, yang juga presiden PBB, berkata kerajaan BN telah membuktikan ia tidak membuat janji kosong atau ikrar yang tidak tertunai, sebaliknya sentiasa mendapat kepercayaan rakyat.

Manifesto itu juga menggariskan pencapaian kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan Adenan, yang dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, yang telah memperkenalkan 53 prinsip dan tindakan yang diterima baik demi untuk memanfaat rakyat dan negeri Sarawak.

Manifesto itu juga diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Iban