Tuesday, 26 April 2016

KETIADAAN KUASA AUTORITI MENGIKAT KETIGA-TIGA PARTI.








Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-11 menyaksikan bagaimana Pakatan harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pan BERCAKARAN SESAMA SENDIRI di 16 DUN yang bertanding.  16 DUN yang dimaksudkan adalah 
DUN 
  • Batu Kitang (PKR vs DAP), 
  • Mambong (PKR vs DAP), 
  • Simanggang (PKR vs DAP), 
  • Ngemah (PKR vs DAP), 
  • Murum (PKR vs DAP), 
  • Mulu (PKR vs DAP). 
Perbalahan parti pembangkang berterusan di 10 DUN yang lain dimana di:

  • Samariang (PAS vs PAN), 
  • Muara Tuang (PAS vs PAN),
  •  Sadong Jaya (PAS vs PAN),
  •  Sebuyau (PAS vs PAN),
  •  Beting Maro (PAS vs PAN), 
  • Kakus (PAS vs PKR), 
  • Jepak (PAS vs PKR), 
  • Samalaju (PAS vs DAP) 
  • Pujut (PAS vs DAP).

Statistik di atas jelas menunjukkan Pakatan Harapan sebenarnya tidak mempunyai persepakatan yang utuh bagi pilihan raya Sarawak kali ini.  Terdapat beberapa kemungkinan mengapa berlakunya pertembungan di tempat DUN kawasan mengundi. Antaranya adalah perancangan yang rapi tidak dilakukan di antara Parti-parti di dalam Pakatan Harapan. Jika mereka benar membuat persediaan maka adalah mustahil akan berlakunya pertembungan sesama Pakatan Harapan di dalam kawasan DUN yang dipertandingkan. Jika berlaku salah faham ataupun terlepas pandang di antara Parti terbabit, kemungkinan pertembungan akan berlaku di satu dua tempat sahaja. Akan tetapi pertembungan berlaku di 16 DUN yang bertanding! Jika inilah Pakatan Harapan yang dimaksudkan akan menjadi peneraju Malaysia yang “Demokrasi dan Adil” maka tidak mustahil percakaran akan terjadi sebaik sahaja kerajaan dibentuk! Perhatikan Perjanjian Pakatan Harapan seperti di bawah ini.









Keadaan Anarki Politik Pakatan Harapan yang dilihat KUCAR-KACIR memperlihatkan kepada kita bahawa  ketiadaan kuasa autoriti yang mengikat dan mengawal ketiga-tiga parti telah menyebabkan parti-parti terbabit bertindak sesuka hati di dalam meletakkan calon yang akan bertanding tanpa berunding dengan Parti pakatan yang lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh Security Dilemma yang dihadapi oleh parti-parti di dalam Pakatan Harapan. Setiap Parti merasakan jika mereka tidak mencalonkan ahli mereka di dalam satu-satu kawasan, kemungkinan besar parti mereka akan hilang dominasi di dalam Pakatan Harapan.






Lim Guan Eng di dalam satu kenyataan berkata bahawa PKR MENGKHIANATI DAP dengan meletakkan calon di enam DUN dimana sepatutnya hanya DAP yang bertanding. Akan tetapi PKR sebenarnya telah menyedari bahawa jika mereka tidak meletakkan calon di kawasan-kawasan strategik untuk menang, kemungkinan besar DAP akan menjadi dominan di dalam Pakatan Harapan seterusnya akan  berkuasa total menentukan hala tuju Pakatan Harapan jika Pakatan ini menang suatu masa nanti. PKR tidak mahu perkara ini terjadi di masa hadapan, oleh itu keputusan meletakkan calon-calon yang mengakibatkan pertembungan di antara dua parti di dalam satu DUN bukanlah secara kebetulan dan memang telah dirancang rapi samada PKR mahupun DAP.

Situasi Pilihanraya Sarawak jelas menunjukkan tiada persepakatan di antara Pakatan Harapan. Percakaran yang berlaku memperlihatkan kita bahawa konflik dalaman di antara parti-parti di dalam Pakatan Harapan semakin serius. Pada masa ini kuasa belum lagi di tangan mereka. Bagaimana agaknya jika kuasa telah ada pada mereka dengan masalah dalaman dan budaya tikam belakang telah menjadi lumrah di dalam Pakatan Harapan. Tidak mustahil akan berlakunya konflik lebih serius yang berkaitan dengan kuasa dominan sejurus selepas tampuk pemerintahan berada di tangan mereka.


Rakyat perlu sedar, Pakatan Harapan sebenarnya bukan mementingkan kesejahteraan rakyat mahupun mementingkan kebajikan rakyat. Akan tetapi apa yang mereka mahukan adalah kuasa. Jika mereka benar memikirkan hal rakyat, maka pertembungan dan percakaran tidak seharusnya terjadi di hari penamaan calon. Mereka sebenarnya perlu fokus kepada manifesto yang akan dibawakan kepada rakyat. Akan tetapi sebaliknya berlaku apabila timbul masalah-masalah yang akhirnya membuktikan bahawa parti-parti di dalam Pakatan Harapan sendiri tidak bersepakat di dalam menentukan apa yang perlu dilakukan.





Credit to :

http://thesixphoenix.blogspot.my/2016/04/anarki-pakatan-harapan-ketiadaan-kuasa.html?m=1