Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bakal dibina dilihat mampu membuka pelbagai peluang pembangunan dan menambahbaikan perhubungan bandar sepertimana yang terjadi dengan terbinanya Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, melalui catatan terbaharu di blog NajibRazak.com berkata, pembinaan lebuh raya berkenaan mampu mengubah landskap negeri itu yang mampu membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.
“Kita akan dapat merealisasikan pembangunan yang berpaksikan rakyat di Sarawak dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sarawak dan seterusnya bertemu dengan bahagian lebuh raya di Sabah,”katanya.
Tegas beliau lagi, menjadi impiannya untuk merapatkan jurang di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Pembinaan in adalah perjanjian Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd.
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan dibina sepanjang 1,076 Kilometer (KM) dan merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo yang sepanjang 2,239 KM yang menjadi penghubung utama antara bandar-bandar di Sabah dan Sarawak.
Lebuh raya yang menelan belanja sebanyak RM27 bilion dijangka siap pada tahun 2023
Impak yang positif kepada rakyat |
Apa Manfaatnya? |
Pan Borneo Sarawak |
Perbezaan Sabah dan Sarawak |
Sememangnya bila dilihat Lebuhraya Pan Borneo ini ia mampu memberikan perubahan yang besar kepada rakyat. Bukan sahaja meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi malah bantu memperluas perniagaan dan peluang pekerjaan. Lebuhraya ini juga bantu untuk memendekkan perjalanan ke Sarawak dan Sabah serta bebas dari sebarang tol dikenakan. Nantikan sama pembinaan ini menjelang 2023.
#theAdenanWay