Monday, 9 May 2016

TRAGEDI HELIKOPTER TERHEMPAS AS350!

Dua hari sebelum Hari Mengundi bagi PRN-11 Sarawak, negara telah dikejutkan dengan berita TERGEMPAR iaitu helikopter yang dinaiki oleh beberapa individu telah hilang dari radar dan tidak dapat dikesan, Pasukan Search and Rescue (SAR) telah diarahkan untk mencari keseluruhan mangsa bermula jam 5 petang , 5 Mei 2016.

Kenyataan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak pada jam 10 pagi (6 Mei 2016) 
Helikopter AS350 yang berlepas dari Betong pada 4.12 petang destinasi ke Kuching terputus hubungan semasa dalam perjalanan. 

Maklumat yang diterima 9.50 pagi 
Serpihan seperti 



  • sebuah floatation device
  • sebuah kerusi
  • sebahagian daripada pintu
  • sebahagian rotor blade 
  • sebahagian dinding pesawat


Kawasan adalah bersebelahan dengan Sungai Batang Lupar dan segala aset yang ada akan digunakan secara maksima.


Perdana Menteri mengesahkan helikopter membawa enam orang 

1.Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan & Komuniti - Datuk Noriah Kasnon
2.Suami,-Asmuni Abdullah 
3. Anggota Parlimen Kuala Kangsar - Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
4-Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan dan Komoditi- Datuk Dr. Sundaran Annamalai 
5-Pengawal peribadi -Ahmad Sobri Harun 
6-Juruterbang warga Filipina-Rudolf Rex Ragas
Ini adalah kronologi tentang kehilangan pesawat AS350.




TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA MANGSA NAHAS SERTA RAKAN KENALAN. SEMOGA ARWAH DIRAHMATI DAN DICUCURI ALLAH SWT DAN BERSEMADILAH DENGAN AMAN