Saturday, 11 June 2016

#ARTIKELPILIHANNAS KENAPA PERLU PILIH CALON BN ??

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan hanya suatu manifestasi amalan demokrasi di negara ini, tetapi ia sebenarnya suatu bentuk ‘pembalasan budi’ yang paling terkesan.
Dalam kerancakan kita semua berpandangan jauh ke hadapan terhadap janji-janji pilihanraya dan pelan pembangunan membantu rakyat, jangan pula kita lupa terhadap sejarah yang menjadi asbab kepada berlakunya PRK ini.
Semua perlu sedar, Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon dan Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggalkan kita semua bukan kerana menghidap apa-apa penyakit, tetapi kerana mereka sedang dalam perjuangan untuk menangkan Barisan Nasional (BN) pada PRN Sarawak ke 11.
Pemergian mereka bukanlah suatu yang kosong atau hanya bersifat peribadi, namun mereka terbukti meninggal dunia kerana parti, perjuangan, agama, bangsa serta negara.
Tidak adillah sekiranya para jentera BN hanya sekadar melihat keatas faktor calon dan kepentingan pendapat peribadi sahaja, sebaliknya tidak pula memandang kearah pengorbanan dua bekas penyandang bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu.
Oleh sebab itu, tanggungjawab yang dipikul oleh semua jentera BN bukan semata-mata untuk memastikan kemenangan Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar dan Datin Mastura Mohd Yazid di Kuala Kangsar sahaja, malah kemenangan calon-calon BN ini sebagai suatu ucapan ‘terima kasih’ kepada mereka yang telah terkorban kerana perjuangan BN.
Jika kedua-dua arwah berhempas pulas sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri dan terpaksa meninggalkan keluarga tercinta demi memastikan kemenangan parti BN, mengapa tidak para jentera yang ada sekarang tidak berfikir begitu?
Sudah tiba masanya dengan masa berbaki enam hari ini untuk semua jentera dan pengundi di dua kawasan tersebut untuk ‘membalas budi’ penyandang dengan keluar mengundi calon BN di dua PRK pada 18 Jun ini. 


SUMBER - TV14