Thursday, 16 June 2016

#ARTIKELPILIHANNAS HADI AWANG DEDAH PEMBERIAN DEDAK PADA ZAMAN TUN MAHATHIR!!!

Tun Mahathir dalam usahanya untuk menjadikan PAN sebagai wadah terbaru perjuangannya mempertahankan taukeh-taukeh kapitalis dan kroni-kroni yang menghirup darah rakyat Malaysia selama lebih 22 tahun menerusi pelbagai projek penswastaan termasuklah pembinaan Putrajaya dan Cyberjaya, selain kerugian-kerugian besar menerusi skandal-skandal kewangan seperti MAMINCO, PKFZ, Forex Bank Negara, PROTON, Perwaja dan sebagainya selain konsesi-konsesi lebuhraya mahupun bail-out syarikat anak sendiri menggunakan wang rakyat, melihat PAS sebagai faktor utama yang boleh menghalang kehendaknya.
PAN merupakan parti serpihan PAS apabila para pemimpin PAS yang bersekongkol kuat dengan DAP, memilih untuk melompat parti dan menyertai parti yang ditaja oleh DAP.
Berbeza daripada pentadbiran Mahathir, pentadbiran Najib lebih mesra dengan PAS walaupun pada masa yang sama, masih lagi mempunyai percanggahan pendapat tentang dasar dan polisi negara. Bagaimanapun, tidak seperti pada zaman Mahathir, PAS pada zaman Najib mengambil pendekatan yang lebih efisien untuk membuktikan mereka adalah parti yang sudah matang, setelah berkali-kali ditipu oleh DAP bermula dari tahun 1967 sehinggalah yang terakhir, pada penghujung tahun lalu, 2015.
Bermula daripada rundingan gelap PAS dengan DAP, sehinggalah bekerjasama dalam Pakatan Rakyat untuk menewaskan Barisan Nasional, PAS dilihat telah masak tentang taktik dan helah pihak pembangkang yang mahu menggunakan kekuatan PAS terutama daripada kesungguhan para penyokong parti tersebut yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi perjuangan mereka.
Justeru apabila Tun Mahathir menyatakan PAS dan Presidennya, Haji Abdul Hadi Awang telah diberikan 'dedak' oleh Najib agar PAS lebih kendur dengan UMNO, malah bekerjasama dengan UMNO, Tun Mahathir yang amat berpengalaman serta menaruh dendam selepas kekalahannya di tangan Allahyarham Yusuf Rawa di Parlimen Kota Star Selatan pada tahun 1969, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar sakit hati.
Perlu diingat, pada tahun 1983, ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menyekat kuasa raja-raja, Allahyarham Yusuf Rawa adalah penentang utamanya. Sarang PAS di kampung-kampung serta merebak bagaikan api di dalam sekam, banyak menyukarkan kerja-kerja Mahathir sehinggakan menyekat dan melambatkan pembangunan sepertimana yang dilakukan di Kelantan, Kedah, mahupun Terengganu dan kawasan-kawasan pedalaman Perak.
PAS kini tidak hanya dianggotai oleh orang Melayu kampung, tetapi juga dibarisi oleh anak-anak muda yang mempunyai latar belakang akademik yang baik. Cerita-cerita buruk dan hodoh tentang Mahathir pada zaman PAS sangat agresif dan mengamalkan fahaman Muda, masih berterusan sehingga kini walaupun sebahagian besar yang menyokong UMNO, telah pun melupakannya kerana perasaan hormat kepada bekas Perdana Menteri itu.
Berbanding dengan Lim Kit Siang yang merupakan seorang oportunis, Hadi Awang pula dilihat lebih keras, seperti kerasnya amanat yang mencetuskan fenomena takfir oleh para pentaksub yang kurang berilmu tetapi berlagak mahu menjadi ustaz dan hukama.
Dek kerana gagal melembutkan dan melenturkan pendirian Abdul Hadi Awang yang mahu melakukan anjakan transformasi dalam politik PAS, Mahathir terpaksa melabelkan PAS dan Abdul Hadi Awang sebagai pemakan dedak Najib.
Malangnya, tuduhannya itu membidas balik ke batang hidungnya. Kenyataan balas oleh Abdul Hadi Awang, 'SIAPA YANG MEMULAKAN BUDAYA DEDAK?' sebenarnya merupakan buah maut untuk Mahathir yang tidak akan dijawab secara lurus, sebaliknya Mahathir akan mencari jalan lain untuk memperlekeh-lekehkan Abdul Hadi Awang dan PAS.
Ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir tidak pernah lekang-lekang mengusulkan agar PAS kalaupun tidak bersama-sama dalam UMNO sebaliknya cukup dengan bekerjasama membangunkan negara, agama dan bangsa, kini bersikap sebaliknya. Dia kelihatan sangat bimbang sekiranya teori bebas yang mengatakan PAS sedang bekerjasama dengan UMNO benar-benar menjadi kenyataan.
Ianya memang menyakitkan bagi seseorang yang menghidap penyakit 'SUPERIORITY COMPLEX' seperti Tun Dr. Mahathir!

SUMBER : http://theflyingkick.blogspot.my/2016/06/hadi-awang-dedah-pemberian-dedak-pada.html