Sunday, 7 August 2016

#ARTIKELNAS ADA LAGI YANG MASIH TAK FAHAM KES 1MDB LIBAT 'DOJ'???

Salam buat semua.

Ramai tertanya-tanya dan kurang faham apa yang berlaku tentang kes 1MDB yang melibatkan ‘DOJ’ yang bermaksud Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Jangan buat spekulasi sendiri dan mari kita fahami Saman Sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) ini.

DOJ telah menfailkan saman sivil bagi menyita asset yang ada kaitan dengan 1MDB daripada 4 individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy.

1) Siapakah empat individu itu?

•             Anak tiri PM – Riza Aziz
•             Ahli Perniagaan Malaysia – Jho Low
•             Bekas Pengarah urusan IPIC -syarikat milik kerajaan Abu Dhabi (Khadem Al Qubaisi –Bekas Pengerusi Aabar Investment PJS)
•             Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny ( jalankan urusan 1MDB ketika itu )

2) Apakah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy?
Ini adalah inisiatif oleh Kerajaan AS melalui DOJ yang bermula 2010 untuk menyita dan mengambil semula aset dalam negara yang disyaki mempunyai kegiatan rasuah daripada negara asing dan kembalikan ke negara asal.

3) Mengapa DOJ menyiasat kes 1MDB ini?
Mac 2015, DOJ terima aduan daripada Sarawak Report  dan seterusnya penyokong setia Tun M, Khairuddin Abu Hassan

4)Adakah PM bakal didakwa?
Tidak. PM tidak didakwa dan tidak tersenarai dalam kes ini. Kenyataan Tun M pada September 2015 tentang Najib bimbang ke luar negara ditangkap FBI juga tidak benar.

5) Adakah sesiapa akan dipenjarakan jika aset dapat disita?
Tidak. Ini kes sivil bukan jenayah. Jika mahkamah menyebelahi DOJ, aset akan disita. Tiada pemenjaraan atau pertuduhan jenayah.

6) Jika mahkamah benarkan aset disita, apakah akan terjadi kepada aset terbabit?
Aset terbabit akan dikembalikan ke pemilik asal iaitu 1MDB

7) Berapa nilai aset yang terlibat dalam kes DOJ ini?
Tiada jumlah spesifik yang disahkan namun laporan daripada New York Times dan WSJ mendakwa ia bernilai sehingga USD1 billion.

8) Jika wang tidak dicuri, mengapa DOJ bertindak ke atas aduan tersebut?
Tidak mustahil wang dibayar 1MDB kepada Aabar Investment PJS Ltd (BVI) yang dikawal Khadem dan turut dinaikan IPIC memilikinya, telah digunakan untuk biaya pelbagai pelaburan di AS termasuk hartanah,perfileman,karya seni dan syarikat.

9) Mengapa anak tiri PM, Riza Aziz terlibat?

WSJ melaporkan :

1.            Syarikat perfileman Riza Aziz, Red Granite menerima USD155 Juta dalam bentuk pinjaman daripada Aabar Investment PJS Ltd (BVI) untuk disalurkan biayai filem terbitan 2013,The Wolf of Wall Street dan beli hartanah.
2.            Didakwa tiga pindahan wang dibuat kepada Red Granite Capital 2012 –USD45 Juta, USD60 Juta & USD50 Juta ( Jumlah keseluruhan : USD155 Juta)
3.            Sebanyak USD 105 Juta telah digunakan Red Granite sebagai pinjaman, manakala selebihnya dipindahkan ke pihak ketiga.
4.            Antara pihak ketiga adalah Telina Holdings Inc. ( syarikat ditubuhkan oleh British Virgin Islands oleh Al Husseiny dan bosnya Khadem Al Qubaisi)
5.            Pinjaman USD50 Juta telah pun dibayar semula.
6.            Jurucakap Red Granite berkata “tiada sebab dana pinjaman Aabar mencurigakan dan yakin pinjaman itu adalah sah”

10) Jika ia adalah satu pinjaman atau pelaburan ke Red Granite di mana sebahagiannya telah dibayar, kenapa Riza Aziz menjadi sasaran saman sivil ini?

Di AS, Jika keuntungan memperolehi dana daripada syarikat yang tidak mempunyai sumber yang sah, keuntungan itu boleh disita kerana tidak sah iaitu menjana pendapatan daripada sumber dana haram. DOJ perlu buktikan Red Granite sedar dana atau pinjaman diterima adalah tidak sah.

11)Bagaimana pula dengan pelaburan Jho Low?
Beliau adalah seorang pengurus dana di AS dan pernah mengesahkan memiliki hartanah di AS.  Ia berkemungkinan turut membuat pelaburan di dalam syarikat berpengkalan negara yang sama.

12) Berapa lama kes sivil ini mengambil masa sebelum penghakiman dibuat ?
Memgambil masa bertahun lamanya kerana kedua pihak mengemukakan pertikaian di mahkamah .

13)Adakah apa- apa yang ganjil mengenai kes ini?
Ada. Pihak yang kononnya jadi mangsa kepada kecurian wang iaitu 1MDB perlu buat aduan kepada DOJ bagi menyita sebarang aset yang dipercayai dibeli daripada wang dicuri. 1MDB pula menyatakan tiada wang dicuri dan dapat memperincikan pelaburan dan pindahan wang namun DOJ tetap menfailkan saman sivil kononnya bagi mendapatkan wang yang dicuri walaupun 1MDB telah menyatakan tiada wang dicuri.

14) Macam mana pula 1MDB mengatakan tiada wang dicuri dan dapat diperincikan walhal DOJ mendakwa ia dibelanjakan dengan mewah sekali?
1MDB berurusan dengan rakan kongsi milik kerajaan negara asing dan dana pelaburan yang sah dan diperakui bank antarabangsa. 1MDB pindahkan wang kepada mereka dan apa yang dilakukan selepas itu bukan lagi kawalan atau pengetahuan 1MDB .Ia tanggungjawab pihak penerima.

15) Bagaimana  pula dengan deposit yang dibuat dalam akaun Malaysia Official 1 sebagaimana disebut FBI?

Akuan ini atas nama peribadi walaupun bukan akaun peribadi tetapi akaun khas presiden demi kegunaan parti sertai diakui WSJ dan Muhyiddin Yassin